Thursday, May 12, 2011

DSLR



luahan seorang rakan ku di blog beliau :

"Adalah dimaklumkan, blog ini akan tergendala sementara waktu disebabkan ana sudah ada hobi yang baru lah...
Mungkin blog ini akan diberi nafas semula dalam tempoh beberapa bulan berikutnya bermula sekarang.
Harap maklum..."


hobi barunya ada lah...


Wednesday, February 23, 2011

Hanya pada nama

Hai ini adalah kawan saya, orang panggil beliau bai,
beliau bermaustatin di Baling,Kedah
ada pensyarah saya tersilap menyangkakan bapanya seorang rektor di UTP memandangkan nama mereka sama.


beliau dikatakan seorang star di sekolahnya
power main chess,takraw,bola sepak,badminton,sumpit dan pelbagai lagi.
kawan saya bernama Farhan menggelarnya Tok batin kerana cincin hijau yang dipakai beliau.

dikatakan cincin ini menyebabkan :

- beliau membawa kereta kancil melebihi 120km/h di mana-mana sahaja
- menwakafkan kancil kepada orang ramai
-bermain dota tanpa henti bersama rumet sehingga 4 pagi
-taksub dengan miyuk
-menjadi blogger

ingin mengetahui beliau lebih lanjut sila hubungi 0195212511 untuk keterangan lebih lanjut
jika anda amoi, anda yang dicari cari selama ini oleh beliau



' Tok sedang menghubungi rakan di lenggong secara rohani'


Thursday, October 14, 2010

Dajjal

Sempena aku ada terdengar ceramah sewaktu bersiar-siar di pesta convofair di universiti of
toronto canada(tengah kecoh pasai benda ni) ,ada satu perkara yang menangkap sanubari aku ni.kepada rakan-rakan islam aku,mesti semua tahu tentang dajjal seperti bermata satu,buta sebelah kanan,dan di dahi ada tulis ka fa ro(kafir). aku pikiq dulu nanti senang la nak kenai dajjal ni sebab dia ni mata satu pastu tulis kat dahi dia kafir,memang senang la keja kan.budak kecik pon dapat detect.

tapi rasulullah s.a.w cakap fitnah yang paling dasyat di muka bumi adalah fitnah dajjal,aku pon pelik tapi tadi baru aku tersedar apa yang tersirat dalam sifat-sifat dajjal tu. mata satu buta sebelah kanan ni bermaksud mati hati dia ni buta,hanya sebelah kiri saja yang dipakai.

Those like Dajjāl, who see with one eye, can never be patient enough to learn
from those like Khidr, who see with two eyes, i.e., the external and the
internal. Dajjal’s epistemological attack on mankind renders them internally
blind and, hence, easily deceived by ‘external appearance’ while remaining
incapable of penetrating ‘internal reality’ in all that pertains to his mysterious
mission

kiri kan bermaksud tidak elok.perbuatan dia tu memang tiada kebaikan dan hanya keburukan.

di dahi dia ada tulis kafir,ini sebenarnya bermaksud hanya orang beriman akan sedar yang dajjal ni jelas adalah kafir,selepas aku dengar penjelasan dari penceramah tu,baru aku tau fitnal dajjal ni memang dasyat sekali. macam yang kita semua tau, filem-filem hollywood skang ni banyak pasai kemusnahan dunia dan akan ada seorang akan penyelamat,pastu penyelamat tu ada super power,macam filem2 superhero,kan dajjal ada power,semua-semua ni propaganda mereka untuk kebangkitan dajjal nanti.

kenapa fitnah dajjal nabi cakap paling berbahaya sekali,kerana kerosakan yang dia buat bukan sesuatu bersifat fizikal tetapi adalah bersifat rohani, dia akan menyerang akidah orang-orang islam dalam kaedah yang amat halus sekali. satu buku aku baca bertajuk "kiamat sudah dekat" tulis bila sampainya dajjal ni anak2 lelaki akan ikat ibu dan adik2 perempuan dia dari keluar rumah dan orang2 beriman akan lari ke gunung ganang untuk selamatkan diri dari fitnah dajjal .

sampai sini ja aku boleh jelaskan,nak tambah pendapat sendiri ilmu pon kurang,amek kata-kata dari penceramah pon jadi la kan,

ps : pertama kali blog ni ada ilmiah,terkedu den.kalau tak paham yang aku sampaikan ni,mai ja tanya,cakap lagi senang terang dari tulis,lol

Tuesday, August 17, 2010

Rumet ku yang sangat stylo lagi

selepas satu sem aku duduk dengan rumetku stylo, beliau pon berpindah kerana merasakan aku

tak cukup stylo untuk nya.kemudian sedang aku berkemas kemas untuk memulakan sem baru,

aku mendapat rumet yang lain pulak,tak sangka rumet ku yg baru ini lebih stylo. beliau punya

stylo sampaikan aku hampir terjebak dalam dunia stylo beliau.

antara kestylo-an beliau :

1.bertakwaendo dan bertinju didalam bilik

2.bermain dumbel di depan cermin

3. seminggu bergayut dengan teman tapi mesra,tanpa henti,tanpa mengira waktu,sampai aku terkedu.

4. men laptop atas meja(duduk atas meja sekali)

5.testing2 baju-baju stylo depan cermin

6. pumping selepas semayang

seperti biasa,aku tiada nombor henpon beliau,bercakap seminggu sekali. ini kerana beliau yang amat stylo


ps : rumet baru aku bercakap dengan dia tiap2 hari,kui3

Monday, August 16, 2010

Kahwin

siapa yang tak mau kawen kan?? sedangkan yang Gay dan Lesbian pon beria- ria nak diiktirafkan kunun depa ni sah berkawen.

lupa kan tentang Gay dan Lesbian,aku nak sembang pasai hal kawen antara lelaki dan wanita.

apa yang aku tengok skang, umur untuk kawen semakin meningkat,kalau dulu sapa kawen awai

kira normal la, sapa la ni wat macam tu, kira diluar dari kebiasaan. Sangap dan Kaya itu adalah

tohmahan yang selalu diberikan.

bab sangap ni yang bahaya sebenarnya,takkan kita nak puasa ja kan kalau tiba2 sangap.kang mula la nak "mengocak" .haha

Kawen awai ni bagi aku lebih baik sebenarnya, yang pertama dapat mengelakkan sangap,

dan semestinya mengelakkan dosa,

Rasulullah SAW pernah mengingatkan sesiapa yang berkemampuan tetapi enggan untuk berkahwin melalui sabdanya,

"Kamu berkata begitu, ingatlah demi Allah sesungguhnya aku adalah orang yang paling takut kepada Allah dan yang paling taqwa kepada-Nya, tetapi aku berpuasa dan kadangkala tidak berpuasa; aku sembahyang dan aku tidur; dan juga kahwin dengan perempuan. Barangsiapa tidak suka dengan sunnahku, dia bukanlah pengikutku".

macam mana pon,ibu bapa juga yg mempengaruhi anak-anaknya sama ada kawen awai ataupon tidak.

kalau nanti anak aku nak kawen awai, boleh punya tapi duit sendiri la,haha

cukup la,nanti sambong lagi.

Ps : post ni untuk rakanku yang akan berkahwin tak lama lagi.tahniah diucapkan. aku nak kawen tak tau bila lagi ,keh3

Saturday, July 3, 2010

mengapa kau bermenung

world cup alahai world cup,

tajuk ini ditujukan khas kepada pemain-pemain yang kunun nya 'world class'

termenung di tepi padang

termenung kalah tak berlagu,

dengar orang kata, yang masuk iklan nike tu memang tak menyerlah,

pembawa sial la mungkin,

kawan aku ada cakap yang iklan ronaldo nak amek freekick tu tak abeh sebab freekick dia kena benteng ja pon,

mungkin bila ballack takda germany menang world cup

mungkin.

kita tunggu dan lihat


Friday, May 7, 2010

Test Week









gambo2 ni mmg pengubat duka dan lara

selepas aku menjawab 2 dari 3 test dengan syok sendiri

ini yang dapat aku sampaikan

yang soalan math tu memang bole buno diri,

Saturday, May 1, 2010

ganti nama diri

Dalam idop ni,mmg setiap orang ada cara masing-masing dlm membahasakan diri

menda2 ni mmg aku rasa berkait ngn jiwa dan cara idop seseorang tu,

kalau orang tu bersaya awak ngn org len, ini untuk menunjukkan dia nk tunjuk sopan,selalu nya
perempuan yang bersaya awak dengan orang laen ni.

kalau lelaki yg wat mcm ni kat perempuan atau sebaliknya,sama ada dia nak mengorat atau sekadar menghormati.selalu bersaya awak ni bila da mula bibit -bibit percintaan.erk

tapi kalau lelaki sama lelaki wat mcm ni gak, ini memang di luar tabi'i.
cuba la hgpa wat kat aku,memang nak kena lempang.

yang beraku hang/ko , ini memang normal utk lelaki sama lelaki,kalau ada lelaki yg wat mcm ni kat smua perempuan, ini memang hati kering, jenis tak memikirkan pasal perempuan lagi. ini macam kawan ku berdua ya itu baling dan cutie.mereka ini akan diceritakan nanti.

yang terakhir yg ber I U ni, ini memang aku pantang bila dengaq,tah apa yg stylo pon aku tak tau,selalu nya yg ber I U ni mmg bajet high class,idop gaya moden,urban dan terkini. kunun-kunun nya.setakat ni blom ada lg kawan-kawan aku yg mcm tu. serius mmg geli bila dengaq secara live,

andaikata satu hari nanti aku wat mcm ni,sila lempang beramai-ramai

kalau difikirkan balik,kita berdoa pon membahasakan diri dengan aku,

cuba la bayangkan hgpa doa mcm ni :

" ya Allah berikan lah saya kekuatan "

" ya Alah berikan lah I kekuatan "

tak ka terasa lucu di situ.

" ya Allah berikan lah aku kekuatan "

nmpak kat situ bila kita pkai "aku" ,
doa kita nmpak lebih bersungguh-sungguh dan yakin.

setakat ini sajalah celoteh dari I,

u all jaga diri baek-baek k.

mmg wtf.

Friday, April 23, 2010

Rumet ku yg stylo 1

july 2009 aku pindah ke bangunan asrama baru,iaitu v5

setelah 3 sem aku duduk di v2 yg mcm asrama sekolah,aku pindah ke v5 yg lebih mcm rumah

aku mengikuti dua org budak irsyad iaitu mat prank dan mat blur. nama mereka di rahsiakan dan akan diceritakan nanti.

mereka berdua duduk sebilik tapi aku keseorangan dan tidak akan duduk sama orang yg ku kenal,

jadi aku pon pindah la ke blik baru, 1st impression bila ku melihat beliau,

" hmm mcm budak baik ja ni " ." mesti dean list ni "

aku pon buat seperti biasa,dan berkenalan dengan beliau,

nak dipendek cerita,

aku memang kamceng ngn rumet aku sampai no tepon dia pon takdak

aku hanya bercakap bila perlu,pernah 2 mggu tak bercakap pon ada,

masing2 buat keja sendiri,

betapa eratnya hubungan kami,smpai mat blur lg kenal dia dari aku,

aku ada no kawan2 rumet aku tapi tak da no beliau,

memang menarik rumet ku yg stylo ini,

aku yg dok ponteng kuliah slalu pon tak bole lawan ngn rumet aku ni,

kagum btoi aku ngn beliau,smua cita korea dia boleh layan

apa-apa pon 2010 aku tukar rumet lain lebih stylo da milo,

itu akan diceritakan kemudian,

sekian...

ps: aku tak penah bergadoh ngn rumet2 ku

Wednesday, March 3, 2010

Selamat Pagi Dato' Abu

Alkisah terdapat satu kes di mahkamah di mana Seorang lelaki memanggil

Seorang Dato' dengan Panggilan Babi kerana perangai beliau yg mcm babi.

Oleh itu Dato' tersebut menyaman Lelaki itu kerana menghina beliau di khalayak ramai.

Kes tersebut berlangsung pada pukul 9.00am.

Hakim : Mulai Dari hari ini kamu tidak boleh menggelar Dato' Abu sebagai babi.

Lelaki : oh,jadi saya tidak boleh memanggil Dato' sebagai babi sampai bila-bila?

Hakim : ya,mcm itulah atau kamu akan dikenakan hukuman.

Lelaki : adakah salah jika saya menamakan babi dengan nama Dato' Abu?

Hakim : itu adalah dibenarkan.

Lelaki tersebut berdiri dan menghadap ke arah Dato 'abu dan

" Selamat Pagi Dato' Abu"

Saturday, February 13, 2010

syabu halal

setelah dua mggu aku menyepi,setelah Gori meminta aku update blog ni,maka aku pon tulis la lg.
petang smlm,aku pegi pekena syabu-syabu dengan 2 org budak irsyad ni,supisukar ngn
adamrussel.
ni smua gara-gara abang bulu a.k.a abang mers mempromosi tentang syabu ni,maka aku pon
rasa teruja nak p...
dia dok cakap syabu-syabu ni memang terbaik,harga pon murah,memang berbaloi-baloi!!
apa lagi aku pon pegi merempit dengan TZM dak2 irsyad ni,
sampai ja kat sana, tgk dia punya hidangan,pergh!!!
memang puas ati la banding ngn zolaris( kasi hidang jenis fish ball ja,ingat aku kucing ka pa,tau la aku suka kucing......)
nak dipendekkan cerita,dok mkn2 mcm org kebuluq 4 hari,dok men kad2 macam org berjudi,
tgk2 toke dia amoi la plak,mmg celaka,tros terasa ragu2 dlm hati,
dok teringat ada babi ka dlm makanan aku dok makan ni,memang babi la cmni.
besa la dlm malaysia kadang2 kita termakan kat kedai org bukan islam,
naseb baek la seblom nak balek tu kat pintu dia baru aku prasan ada cop halal yg sah,

tulis disemak 28 januari 2010,nasib tak 2008

tros la rasa lega
tapi tu la,orang bukan islam ni bukan tau makanan yg halal yg btoi,ingat sembelih gitu ja kira
halal ka woooiii!!!

da la dlm kadang2 aku tgk ada produk cop len,smpai takdak apa2 pon ada,adoyaiiii
mana hati tak gelap dok makan benda syubhah jaaa

saidina umar pon da terminum susu sanggup muntahkan balik

macam mana pon,aku nak p lg tempat tu,keh3,susah la kalau smua benda nak ragu-ragu
kena gak yakin ngn cop halal rasmi malaysia.

lupa nak habaq shabu-shabu ni nama kedai steamboat,siang rm10 mlm rm15,bbq pon termasuk skali woiii

ps : nak lepak steambot lama2,buat la menda menarik sket,mcm kami men kad trup, ada meja sbelah men teka-teka perkataan td,gila sadissss!!!






Saturday, January 30, 2010

kembali bermadah

setelah 6 bulan tiada sentuhan atas blog ni,sudah tentu tak dak sapa yg nak merindui blog aku ni,

pulak tu selepas setahun di hantui perkataan "probation" dan "cm"

akhirnya aku kembali kaya dan berduit,tak dak dah nak makan nasik telor tempe

sikit-sikit sudah la kan,alhamdulillah

nanti kalau rasa nak update aku tulis la lagi

idea bukan ada sangat pon, amek dari azwan bakhtiar la a.k.a budak digital pon jd la kan.........

Tuesday, August 4, 2009

cuti h1n1

bila nak tulis blog takda benda nak bagitau,bila taknak mcm2 lak ada idea
ermmmm
aku ada bela kucing, sekarang kat rumah ada 4 ekor, nenek, anak dia 2 eko ngn cucu dia,

perang,poreng,shiro dan erm x ingat. kalau dlu ada 10 seblom tu dekat 15, mak aku penah ckp nti bila perang beranak dia nak jual anak2 dia, pastu 5 ekor skali dpt tp 2 mggu pastu smua mati, 2-3 kali da jd cmtu bila nak jual anak kucing ni, adoi...

mak aku ckp ini mungkin allah nak tunjuk jgn pentingkan duit sgt,mungkin ada btolnyakan
anak kucing aku mati gak pastu bila xnk jual, cuma bukan semua la,
baik bg org ja mak aku ckp,

sekarang ni dlm anggaran 20 ekor kucing da bg kat orang,
satu lagi mak aku ckp, kucing bila beranak dlm rumah murah rezeki,
mungkin btol tapi scholar aku kena hold
academic probation lg

dok rumah ni membuli kucing aku ja la sempena u tutup menyambut h1n1

Saturday, July 25, 2009

dari gelihati.blogspot.com

dlm banyak2 cita lawak yg aku baca
yang ni membuatkan aku gelak gila2
macam ni cita dia .

satu hari ada sorang kakak penjual MLM ni kat supermarket
tegur sorg budak ni
jd dia mula la nak cucuk jarum kat budak ni
dia tnya la budak tu

" adik, mari la cuba beli barangan mandi cap monggolia ni "

" tak pe la kak , saya da ada pon"

" ow kalau mcm tu adik kalau mandi pakai sabun apa ? "

"ow saya pakai sabun Baba kak "

" hmm syampu pulak ? "

" syampu Baba "

" ubat gigi adik ? "

" ubat gigi Baba kak "

" pelik pulak akak, tak penah dengar jenama tu pon dlm dunia ni, jenama terkenal ke adik? "

" takde la kak, Baba tu rumet saya "

Friday, July 24, 2009

4 Bulan

da 4 bulan kosong ja blog ni
ingat nak delete tapi takpa la kan mungkin boleh aku nak cita pa2 kalau bosan
mungkin aku akan update blog ni lagi

mungkin.

sebelum tu masa cuti ari tu ada mber aku bg satu pantun 2 kerat,

bunyi dia camni :

siakap senohong gelama ikan duri
atas pakai tudung bawah nasi kenduri

Sunday, March 8, 2009

kesangapan terbaru

















pernah dengar Travian??
selalu muncul di frenster dan onemanga.com

nampak mcm bangang
tapi boleh membangangkan anda
setakat ini sapa yg sudah diperbangangkan :


- aku
- supi 'apa dia'
- keymark ow kimak in malay
- cipan konfius
- hadie rebonding
- apam porn
- adam russel peter


menatang ni popular seluruh dunia
maknanya sudah ramai dibangang oleh benda yg nampak bangang ini
jom jd bangang

Wednesday, February 11, 2009

Yob gangster

masa aku tinggal kat perak kecik2 dlu,
aku teringat pasal yob gangster yg slalu dtg lepak umah,
da la dtg tanpa di undang pastu wat cm umah sendri,
mentang2 la mak aku slalu makan free,
lek ja baring atas kapet ruang tamu umah aku,
tapi ini bukan menyebabkan dia dipanggil yob gangster
yob aku ni diberi nama sempena kedai yob jual sayur dekat ngn umah aku

yob aku dpt title gangster sebab dia dok perasan dia ni berdaulat
ko sentuh sket alamat penuh garisan2 merah di anggota ko

sapa2 yg singgah umah aku mesti kena tanda kasih syg dari yob gangster ni,mmg tak sah kalau x kena,tapi tu la dlm byk2 ,mak aku sorang ja tak penah kena
mungkin sebab mak aku slalu bg dia makan
bguih gak yob ni
ingat jugak orang yg berjasa kat dia
tapi aku pun bg gak,
mungkin sebab aku penah jentik telur dia kot tros dia berdendam ngn aku
mcm mana pon aku tetap syg yob gangster,
sebab dia kucing pertama yg aku bela

abgman aku pulak tah mcm mana dpt idea boh nama kucing aku ni yob gangster
celah mana dia dpt idea aku pon tak tau
tapi kira ok pasal dia mmg gangster,
tak kan nak boh comel gak kot?
bosan tahap karma aku kalau kucing boh nama comel,

yob gangster a baru lain dari yg lain kan,
kalau org tanya

" sapa yob gangster? "

" kucing aku, "

" apsal lak nama cm tu? "

" nti2 dtg a singgah umah,main2 ngn dia "

anda pernah bela kucing?
tapi bela anjing lagi otai,
tapi jenoh nak sertu tiap2 hari

Friday, January 23, 2009

benda yg paling ringan dlm dunia

ari ni aku terbangun lewat kol 11
burn smayang subuh
mudahnya nak wat menda cmni
insaf2....

Wednesday, January 14, 2009

NUKILAN 2009

tahun 2009 ni aku rasa tahun plg susah aku nak hadapi
setelah lama tak update aku punya blog ni
tiba2 teringin plak

kecewa tetap kecewa jugak
sedih tetap sedih jugak

saat plg gampang dlm idop aku yg aku alami skang ni
mengeluh dah mengeluh
merintih dah merintih

cis aku teringat satu pepatah yg btol2 kena tepat kat diri aku ni
'sesal dulu pendapatan sesal kemudian sgt gampang rasa nya'

macam mana pon
idop perlu diteruskan

nasib baik pernah baca buku 'berani gagal'

uh pahit nya skang

Sunday, November 9, 2008

Final Exam

setelah sebulan aku sepi tanpa apa2 post,
tiba2 tergerak hati nak pos gak blog aku yg da berkulat ni,
da nak dekat final ni...
sukar di ucapkan dengan kata-kata

aku dok pikir sama ada kena balik awal atau balik on time masa cuti ni

adusss

gud luck a kepada semua yg nak ujian


ujian memandu ka
ujian air kencing ka
ujian kanser ka
ujian hiv ka
ujian dari benda2 yang melalaikan(dota)

dem,huhuhu