Tuesday, August 17, 2010

Rumet ku yang sangat stylo lagi

selepas satu sem aku duduk dengan rumetku stylo, beliau pon berpindah kerana merasakan aku

tak cukup stylo untuk nya.kemudian sedang aku berkemas kemas untuk memulakan sem baru,

aku mendapat rumet yang lain pulak,tak sangka rumet ku yg baru ini lebih stylo. beliau punya

stylo sampaikan aku hampir terjebak dalam dunia stylo beliau.

antara kestylo-an beliau :

1.bertakwaendo dan bertinju didalam bilik

2.bermain dumbel di depan cermin

3. seminggu bergayut dengan teman tapi mesra,tanpa henti,tanpa mengira waktu,sampai aku terkedu.

4. men laptop atas meja(duduk atas meja sekali)

5.testing2 baju-baju stylo depan cermin

6. pumping selepas semayang

seperti biasa,aku tiada nombor henpon beliau,bercakap seminggu sekali. ini kerana beliau yang amat stylo


ps : rumet baru aku bercakap dengan dia tiap2 hari,kui3

Monday, August 16, 2010

Kahwin

siapa yang tak mau kawen kan?? sedangkan yang Gay dan Lesbian pon beria- ria nak diiktirafkan kunun depa ni sah berkawen.

lupa kan tentang Gay dan Lesbian,aku nak sembang pasai hal kawen antara lelaki dan wanita.

apa yang aku tengok skang, umur untuk kawen semakin meningkat,kalau dulu sapa kawen awai

kira normal la, sapa la ni wat macam tu, kira diluar dari kebiasaan. Sangap dan Kaya itu adalah

tohmahan yang selalu diberikan.

bab sangap ni yang bahaya sebenarnya,takkan kita nak puasa ja kan kalau tiba2 sangap.kang mula la nak "mengocak" .haha

Kawen awai ni bagi aku lebih baik sebenarnya, yang pertama dapat mengelakkan sangap,

dan semestinya mengelakkan dosa,

Rasulullah SAW pernah mengingatkan sesiapa yang berkemampuan tetapi enggan untuk berkahwin melalui sabdanya,

"Kamu berkata begitu, ingatlah demi Allah sesungguhnya aku adalah orang yang paling takut kepada Allah dan yang paling taqwa kepada-Nya, tetapi aku berpuasa dan kadangkala tidak berpuasa; aku sembahyang dan aku tidur; dan juga kahwin dengan perempuan. Barangsiapa tidak suka dengan sunnahku, dia bukanlah pengikutku".

macam mana pon,ibu bapa juga yg mempengaruhi anak-anaknya sama ada kawen awai ataupon tidak.

kalau nanti anak aku nak kawen awai, boleh punya tapi duit sendiri la,haha

cukup la,nanti sambong lagi.

Ps : post ni untuk rakanku yang akan berkahwin tak lama lagi.tahniah diucapkan. aku nak kawen tak tau bila lagi ,keh3

Saturday, July 3, 2010

mengapa kau bermenung

world cup alahai world cup,

tajuk ini ditujukan khas kepada pemain-pemain yang kunun nya 'world class'

termenung di tepi padang

termenung kalah tak berlagu,

dengar orang kata, yang masuk iklan nike tu memang tak menyerlah,

pembawa sial la mungkin,

kawan aku ada cakap yang iklan ronaldo nak amek freekick tu tak abeh sebab freekick dia kena benteng ja pon,

mungkin bila ballack takda germany menang world cup

mungkin.

kita tunggu dan lihat


Friday, May 7, 2010

Test Week









gambo2 ni mmg pengubat duka dan lara

selepas aku menjawab 2 dari 3 test dengan syok sendiri

ini yang dapat aku sampaikan

yang soalan math tu memang bole buno diri,

Saturday, May 1, 2010

ganti nama diri

Dalam idop ni,mmg setiap orang ada cara masing-masing dlm membahasakan diri

menda2 ni mmg aku rasa berkait ngn jiwa dan cara idop seseorang tu,

kalau orang tu bersaya awak ngn org len, ini untuk menunjukkan dia nk tunjuk sopan,selalu nya
perempuan yang bersaya awak dengan orang laen ni.

kalau lelaki yg wat mcm ni kat perempuan atau sebaliknya,sama ada dia nak mengorat atau sekadar menghormati.selalu bersaya awak ni bila da mula bibit -bibit percintaan.erk

tapi kalau lelaki sama lelaki wat mcm ni gak, ini memang di luar tabi'i.
cuba la hgpa wat kat aku,memang nak kena lempang.

yang beraku hang/ko , ini memang normal utk lelaki sama lelaki,kalau ada lelaki yg wat mcm ni kat smua perempuan, ini memang hati kering, jenis tak memikirkan pasal perempuan lagi. ini macam kawan ku berdua ya itu baling dan cutie.mereka ini akan diceritakan nanti.

yang terakhir yg ber I U ni, ini memang aku pantang bila dengaq,tah apa yg stylo pon aku tak tau,selalu nya yg ber I U ni mmg bajet high class,idop gaya moden,urban dan terkini. kunun-kunun nya.setakat ni blom ada lg kawan-kawan aku yg mcm tu. serius mmg geli bila dengaq secara live,

andaikata satu hari nanti aku wat mcm ni,sila lempang beramai-ramai

kalau difikirkan balik,kita berdoa pon membahasakan diri dengan aku,

cuba la bayangkan hgpa doa mcm ni :

" ya Allah berikan lah saya kekuatan "

" ya Alah berikan lah I kekuatan "

tak ka terasa lucu di situ.

" ya Allah berikan lah aku kekuatan "

nmpak kat situ bila kita pkai "aku" ,
doa kita nmpak lebih bersungguh-sungguh dan yakin.

setakat ini sajalah celoteh dari I,

u all jaga diri baek-baek k.

mmg wtf.

Friday, April 23, 2010

Rumet ku yg stylo 1

july 2009 aku pindah ke bangunan asrama baru,iaitu v5

setelah 3 sem aku duduk di v2 yg mcm asrama sekolah,aku pindah ke v5 yg lebih mcm rumah

aku mengikuti dua org budak irsyad iaitu mat prank dan mat blur. nama mereka di rahsiakan dan akan diceritakan nanti.

mereka berdua duduk sebilik tapi aku keseorangan dan tidak akan duduk sama orang yg ku kenal,

jadi aku pon pindah la ke blik baru, 1st impression bila ku melihat beliau,

" hmm mcm budak baik ja ni " ." mesti dean list ni "

aku pon buat seperti biasa,dan berkenalan dengan beliau,

nak dipendek cerita,

aku memang kamceng ngn rumet aku sampai no tepon dia pon takdak

aku hanya bercakap bila perlu,pernah 2 mggu tak bercakap pon ada,

masing2 buat keja sendiri,

betapa eratnya hubungan kami,smpai mat blur lg kenal dia dari aku,

aku ada no kawan2 rumet aku tapi tak da no beliau,

memang menarik rumet ku yg stylo ini,

aku yg dok ponteng kuliah slalu pon tak bole lawan ngn rumet aku ni,

kagum btoi aku ngn beliau,smua cita korea dia boleh layan

apa-apa pon 2010 aku tukar rumet lain lebih stylo da milo,

itu akan diceritakan kemudian,

sekian...

ps: aku tak penah bergadoh ngn rumet2 ku

Wednesday, March 3, 2010

Selamat Pagi Dato' Abu

Alkisah terdapat satu kes di mahkamah di mana Seorang lelaki memanggil

Seorang Dato' dengan Panggilan Babi kerana perangai beliau yg mcm babi.

Oleh itu Dato' tersebut menyaman Lelaki itu kerana menghina beliau di khalayak ramai.

Kes tersebut berlangsung pada pukul 9.00am.

Hakim : Mulai Dari hari ini kamu tidak boleh menggelar Dato' Abu sebagai babi.

Lelaki : oh,jadi saya tidak boleh memanggil Dato' sebagai babi sampai bila-bila?

Hakim : ya,mcm itulah atau kamu akan dikenakan hukuman.

Lelaki : adakah salah jika saya menamakan babi dengan nama Dato' Abu?

Hakim : itu adalah dibenarkan.

Lelaki tersebut berdiri dan menghadap ke arah Dato 'abu dan

" Selamat Pagi Dato' Abu"